Favorite Blog: WAK KARTO | UNIQUE GUY | IBNU RADZI | AD DEEN SMARTHOME ENT |

 

"Kalau Kita Hidup untuk Diri Kita, Hidup Kita Amatlah Singkat, Bermula Daripada Lahirnya Kita Sehinggalah Saat Kematian Tiba, Tapi Kalau Kita Hidup Kerana Fikrah Perjuangan Suci Ini, Hidup Kita Sebenarnya Amat Panjang, Bermula Dari Lahirnya Adam Di Dunia Hinggalah Saat Kematian Seluruh Insan Di Muka Bumi Ini.."



"MEMAHAMI, MEMIKIR, MENTAFSIR, MENGANALISIS, MENILAI DAN BERTINDAK"

LAGENDA 'WAK KARTO'

Selamat Datang Ke Web Blog Wak Karto......

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....dan Salam Sejahtera....
Pengunjung, pembaca dan sahabat-sahabat sekalian....


SECALIT TINTA, SEBARIS BICARA.......

Adakah anda tertanya-tanya kenapa webblog ini saya namakan Wak Karto? Dari mana agaknya asal perkataan Wak Karto? Teman org Jawa? Filem Indonesia? Buku Fiksyen?? Sebenarnya nama tersebut adalah gabungan dua perkataan iaitu "awak + kartun" = "Wak Karto".

Gabungan dua perkataan ini dihasilkan daripada idea seorang sahabat. Keputusan menggunakan nama gabungan ini sebagai nama blog adalah bagi memberi penghargaan kepada sebuah persahabatan yang terjalin dengan teman tersebut walaupun perkenalan dan persahabatan hanya seketika.

Akhirnya, dengan sedikit idea, kesungguhan, ilmu, dan izin dariNya, blog ini dihasilkan dan dinamakan "Wak Karto Official Web Blog" atas niat menyebarkan maklumat, berbincang hal ehwal semasa, berdiskusi serta berkongsi pengetahuan yang dimiliki agar semua pembaca mendapat manfaat daripadanya. Apa yang baik jadikanlah teladan...dan yang buruk jadikanlah pengajaran ....


BICARAKU MENITI SENJA..........

Semoga anda semua beroleh ketenangan dan kejayaan dalam mengharungi hidup di dunia ini. Ingatlah....

"Andainya kau gugur, biar tubuhmu hancur, menjadi titisan hujan, meresap ke dalam tanah, menumbuhkan sepohon pokok, memberi nyawa kepada sekuntum bunga, lalu dipetik, kanak-kanak ditaman, tanpa kau kira apa jua bangsanya.....namun taat mematuhi akan suruhan Nya..."


Sekiranya ada kesilapan bahasa, tuturkata, komen, penulisan atau apa-apa sahaja yang tidak menyenangkan hati kalian, silalah maklumkan kepada saya di addeen.smarthome@gmail.com. Saya hanyalah insan biasa yang masih belajar penulisan, erti kehidupan dan kehambaan kepadaNya...

-WAK KARTO -

Label: , ,



SUDUT ISU SEMASA

Anda ingin memberi pandangan tentang isu semasa? Berkongsi rasa dan pemikiran? Meluahkan perasaan dan cadangan? Disinilah tempatnya...

Ruangan ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua untuk menerbitkan rasa hati, pandangan, buah fikiran, idea, forum, perasaan, maklumat serta maklumbalas tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita terutama yang melibatkan isu-isu semasa dan isu-isu masyarakat.

Diharap kewujudan ruangan ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah mewujudkan masyarakat harmoni tanpa menggadaikan prinsip-prinsip asas seorang insan yang digelar hamba & khalifah.

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT ISU SEMASA

Label: , ,



SUDUT IDEA KREATIF

Sudah lumrah dalam kehidupan, manusia inginkan kesempurnaan meliputi segalanya....

Justeru itu, ruangan ini disediakan bagi berkongsi sedikit ilmu dan minat berkaitan perhiasan dalaman serta luaran , mencetus pandangan serta cadangan yang boleh dimanfaatkan dalam usaha merekabentuk suasana harmoni dan damai dipersekitaran kediaman.

Biarpun cadangan atau pandangan serta khidmat nasihat yang ada di ruangan ini tidak semuanya lahir daripada golongan profesional pereka hiasan, namun diharapkan ia sedikit sebanyak menyumbang ke arah cetusan idea yang lebih gah dan sempurna dalam menghasilkan kreativiti rekaan.

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT IDEA KREATIF

Label: , , ,



SUDUT MOTIVASI

Ruangan ini diwujudkan atas niat dan kesedaran untuk berkongsi sedikit koleksi gambar, poster, cerita, kata-kata dan paparan yang boleh dijadikan motivasi diri ke arah menaikkan semangat dalam usaha membentuk diri kita menjadi insan 'kamil' yang cemerlang dunia dan akhirat.

Selain itu, ruangan ini juga diharap sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi kalian dalam menempuh kesukaran dan kesulitan yang dihadapi dari semasa ke semasa.

Antara yang menarik ialah koleksi poster dan motivasi, kata-kata semangat dan mungkin pada masa akan datang, koleksi video akan turut dipaparkan. Doa dan harapan saya agar ruangan ini dapat dimanfaatkan serta dijadikan sedikit santapan minda ke arah kalian mencapai matlamat diri mahupun organisasi.


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT MOTIVASI

Label: ,



SUDUT TELADAN

Ruangan atau sudut teladan mengumpulkan cerita-cerita atau kisah-kisah yang pernah dibaca, di dengar mahupun di tulis dengan harapan memberi kesedaran kepada pembaca.

Kisah teladan, karya dan koleksi yang tersimpan sekian lama ini dijadikan satu sudut bacaan agar pembaca mendapat ikhtibar dan pengajaran yang sedikit sebanyak boleh memantapkan peribadi, akhlak serta jatidiri.

Besar harapan saya agar ruangan ini senantiasa menjadi pilihan kalian di kala diri memerlukan sedikit ketenangan dan pengharapan. Semoga beroleh manfaat......


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT TELADAN

Label: , ,



SUDUT PERSONALITI

Ruangan atau sudut personaliti disediakan untuk pembaca-pembaca mengenali diri dan personaliti masing-masing yang unik. Dalam ruangan ini terdapat ujian dan fakta menarik tentang tubuh manusia serta kaitannya dengan personaliti.

Selain itu, turut dimuatkan koleksi peribadi yang merangkumi ujian personaliti, pandangan pakar, bacaan gerak geri tubuh, tanda serta tarikh lahir, bentuk wajah, bentuk jari dan pelbagai maklumat lain. Bagi ujian personaliti, anda perlu e-mail kepada saya di addeen.smarthome@gmail.com untuk mengetahui jawapannya.

Semoga ruangan ini dapat mendekatkan pembaca dengan hikmah dan keunikan personaliti ciptaan Pencipta kita di samping menghayati keharmonian yang wujud hasil kelainan ragam manusia. Semoga maklumat dan paparan ruangan ini memuaskan hati anda.


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT PERSONALITI

Label: ,



SUDUT MUTIARA HIKMAH

Inginkan mutiara.. selamilah lautan..
Inginkan bahagia.. tempuhilah penderitaan..
Inginkan kejayaan.. relailah pengorbanan..


Itulah antara bait kata-kata yang terdapat dalam ruangan mutiara hikmah. Pewujudan ruangan ini pada asalnya berkait rapat dengan minat saya mengumpul dan menghayati kata-kata hikmah yang mampu memberi semangat dan kekuatan andai diri ditimpa kesulitan.

Mutiara kata yang terdapat dalam ruangan ini mungkin dicipta atau dihasilkan oleh saya, rakan taulan mahupun para pembaca sekalian. Ada juga yang diambil dari buku-buku bacaan serta penulisan. Dan ada yang diperolehi dari rakan mahupun taulan. Apa yang penting, ianya mungkin menjadi satu suntikan semangat diri untuk kita lebih menghargai hidup ini. Semoga Allah merahmati kita semua....


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT MUTIARA HIKMAH

Label: , ,



SUDUT GELAK KETAWA

Ramai pasti bersetuju andai saya katakan bahawa ketawa dan ceria merupakan antara ubat yang mujarab bagi mengubati kelukaan serta kemurungan.

Tidak dinafikan bahawa kedukaan, kemurungan, kekecewaan dan kesedihan merupakan ujian dan dugaan Allah untuk menguji sejauhmana tingkat keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya.

Jesteru itu, biarlah kita ceria dan bersukaria bertempat. Jangan kita melampaui batas dengan menjadikan semua benda sebagai gurauan atau jenaka. Ruangan ini mungkin menjadi medan untuk kita berjenaka, bersuka ria, bergelak ketawa tetapi dalam masa yang sama tetap mengambil ikhtibar daripada bahan yang disediakan. Sekian, moga ceria selalu...


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE
SUDUT GELAK KETAWA

Label: , ,



SUDUT TIPS & PETUA

Sudut tips dan petua merupakan ruangan yang menampilkan kaedah, petua, tips dan langkah-langkah berguna dalam memurnikan hidup kita.

Ruangan ini turut dihiasi dengan tips serta petua seperti tips temuduga, tips kerjaya, tips rumahtangga, tips belajar serta tidak ketinggalan turut menampilkan petua-petua dan pantang larang daripada masyarakat melayu dahulu yang masih lagi digunapakai sehingga hari ini.

Melalui ruangan ini, adalah diharapkan agar pembaca sekalian dapat mengambil manfaat dan seterusnya menjadikan ia sebagai panduan dalam menjalani kehidupan harian kerana tips dan petua yang disajikan sentiasa relevan dengan perkembangan hari ini. Selamat mencuba......



SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE SUDUT TIPS & PETUA

Label: ,



SUDUT KARYA

Ruangan karya menyajikan bakat, minat dan kebolehan yang mungkin boleh dikongsi bersama pembaca sekalian.

Jesteru, andai ada dikalangan anda ingin berkongsi bakat dan kebolehan yang boleh dikongsi, anda bolehlah e mailkan karya kepada saya di addeen.smarthome@gmail.com untuk dipaparkan diruangan ini.

Semua hakcipta masih terpelihara tetapi penulis mempunyai hak untuk menyunting sekiranya artikel atau sajak atau penulisan atau sebarang bahan yang dihantar tidak menepati konsep asas penerbitan. Antara konsep asas yang ditekankan ialah artikel atau karya harus 'bersih', tidak prejudis, tidak menyinggung pihak lain, bebas, positif dan menepati fakta yang benar.


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE
SUDUT KARYA

Label: ,



SUDUT GALERI FOTO


  • IKUTI GAMBAR, KOLEKSI FOTO SETERUSNYA DI --->>> [SUDUT GALERI FOTO]
  • Label: , ,